KoleksiGambar Pemasanga Rumput Tiruan di Sekitar Malaysia. BANI Golf Grass 15mm, BANI Grass 25mm, BANI Grass 30mm, BANI Grass 30mm Premium, BANI Grass 35mm, BANI Grass 40mm, BANI Grass 40mm Premium, Golf Grass, Green Grass, Natural Grass, Pemasangan Rumput Tiruan. April 24, 2020.
Rumahadat Limas dapat dijumpai di daerah Sumatera Selatan. Sedangkan di Malaysia, rumah Limas dapat dijumpai di Johor, Selangor, dan Terengganu. Rumah adat Limas memiliki luas sekitar 400 sampai 1000 meter persegi bahkan lebih. Bangunan tradisional tersebut dibangun dengan bahan material dari kayu unglen atau ulin.
Disini adalah senarai rumah sewa yang sesuai untuk pelajar baru di kawasan Cyberjaya! Lengkap dengan WiFi tau, jadi tak perlu risau macamana nak buat assignment! Yelah, mungkin susah untuk dapatkan kepastian mengenai kelas - virtual ke face-to-face, siapa yang tau. Things are always so unexpected nowadays. 🙁. Tapi yang pasti - bilik
Ditengah semangat perekrutan dan penempatan PMI ke Malaysia yang dibuka Senin (01/08), salah seorang pekerja, Maria Oktaviana Leoklaran mengaku ditahan hingga dua bulan di rumah agensi penyalur
DiJUAL Rumah Bagus Siap Huni di Harapan Mulya Regency - Bekasi Hadap selatan Hadap Taman Lt.90 Lb.45 ( sudah tutup belakang ) Kt.2 Km.1 Listrik 1300 Air PAM HGB Harga 675 Nego #lls
MenkesMalaysia Minta Warga tak Anggap Enteng Kenaikan Kasus Covid-19. Hukum Ada Patung dan Gambar di Rumah Orang Muslim, Buya Yahya: Malaikat Tidak Mau Masuk Widodo. 20/05/2022.
Nasilemak adalah hidangan yang dijual di malaysia, brunei, singapura, dan thailand selatan. Rendang makanan tradisi malaysia, gambar makanan tradisional melayu. Kue bulan makanan tradisional cina gambar 10 katakan terkenal . Rojak sotong kangkung antara makanan popular di seluruh malaysia dan sangat ringkas.
DiMalaysia, masyarakat beragama Kristian terdiri daripada kira-kira 11.2% penduduknya (banci 2010-2012). Terdapat sedikit populasi orang kristian di Semenanjung Malaysia dan majoriti bilangan ini adalah penduduk di Malaysia Timur. Mazhab-mazhab besar Kristian di Malaysia termasuk Anglikan, Baptist, Brethren, gereja-gereja Charismatic berdikari, Lutheran, Methodist, Presbyterian, Sidang Injil
Beberapagambar telah dikongsi ribuan kali di Facebook, Instagram, Twitter dan Reddit dengan dakwaan bahawa mereka menunjukkan rumah Presiden Rusia Vladimir Putin di Sochi, Rusia. Dakwaan itu tak benar: gambar-gambar itu menunjukkan konsep reka bentuk rumah yang dicipta oleh seorang arkitek di Rusia — bukan bangunan yang sebenar.
Tajukrumah adalah tertulis di atas sekali, kemudian Nama Penuh, No. HP, Tarikh Lawatan, Masa Lawatan. CONTOH WHATSAPP: TAJUK: RUMAH JENIS TOWNHOUSE DI LEMBAH MAJU, PANDAN INDAH, KUALA LUMPUR SEDIA UNTUK DIJUAL NAMA PENUH: ABU BIN ALI NO HP: 0114545322 TARIKH LAWATAN: 10/06/2022 JAM: 3.00PM Tekan Link di bawah untuk mula Whatsapp kami:
7xBZTNU. Ingin menaik taraf hiasan dalaman rumah atau pejabat anda? Berikut adalah beberapa firma termasyhur di Malaysia untuk reka bentuk hiasan dalaman dan seni bina yang anda wajib tahu. Artikel ini diterjemah dari Top 20 interior design ID firms in Malaysia oleh Khairul. Bila tiba masanya, setiap pemilik rumah akan tertanya-tanya “Adakah saya memerlukan nasihat pakar reka bentuk hiasan dalaman?â€Â Sebenarnya, tiada jawapan yang mudah. Ia bergantung kepada situasi dan beberapa faktor lain seperti idea anda, masa dan ketersediaan anda, dan juga perancangan anda. Tidak boleh dinafikan bahawa mengambil khidmat pereka hiasan dalaman rumah atau arkitek yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang luas boleh menolong anda mendapat rumah impian anda. Pereka bentuk hiasan dalaman rumah atau arkitek boleh membantu anda dengan konsep dan idea yang sesuai dengan cita rasa dan gaya hidup anda, sama ada hiasan bilik minimalis atau ruang tamu dengan reka bentuk dalaman Apabila anda mengambil pereka dalaman, anda bukan sahaja mendapat khidmat pakar mereka tetapi juga hubungan mereka dengan pelbagai peruncit. Maka, anda mempunyai lebih peluang untuk mencari reka bentuk atau produk tertentu, pada harga yang lebih Bekerja dengan pereka dalaman mempunyai banyak manfaat. Kami telah bekerjasama dengan salah satu platform terkenal di Malaysia bagi pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah, untuk membantu anda. Berikut adalah beberapa firma reka bentuk hiasan dalaman yang terunggul di Malaysia, serta maklumat penting untuk pengetahuan anda Berapakah kos pereka hiasan dalaman rumah di Malaysia? Perkara ini sangat subjektif dan bergantung kepada kepada gaya, keluasan rumah dan kepakaran pereka hiasan dalaman tersebut. Harga berbeza mengikut kehendak atau keperluan pemilik rumah. Berikut adalah anggaran kasar bayaran untuk pereka hiasan dalaman rumah di Malaysia Jenis hartanahHargaKondominiumRM50,000 to RM150,000Rumah TeresRM80,000 to RM250,000Rumah BerkembarRM100,000 to RM350,000BangloRM200,000 to RM600,000 *Penafian Ini hanya anggaran kasar. Anda perlu menghubungi syarikat reka bentuk hiasan dalaman dan meminta sebut harga. Apakah tiga industri yang paling banyak menggunakan pereka hiasan dalaman? Sebilangan besar pelanggan syarikat reka bentuk hiasan dalaman adalah Pemilik rumah Pemaju hartanah Pemilik kedai makan dan minuman F&B. Namun, ini tidak bermakna anda perlu tergolong dalam mana-mana kategori di atas untuk mendapatkan khidmat reka bentuk hiasan dalaman. Segalanya terpulang kepada kehendak anda. Hiasan dalaman dan reka bentuk rumah yang indah harus dihargai oleh orang ramai. BACA  Nak deko ruang tamu kecil? Ini 7 tips hiasan dalaman ruang tamu kecil yang anda boleh cuba Apakah firma reka bentuk hiasan dalaman terbaik di Malaysia? Kami menyenaraikan beberapa firma untuk membantu anda mencapai rumah impian anda! Semua syarikat reka bentuk hiasan dalaman rumah yang disenaraikan di bawah telah memenangi pelbagai anugerah “Atap Design Awards 2020â€. Anugerah tahunan ini mengiktiraf kecemerlangan reka bentuk hiasan dalaman di Malaysia dan menggalakkan bakat reka bentuk di kalangan pereka veteran dan baharu. Anda boleh yakin bahawa ini adalah antara bakat terbaik dalam industri, dengan rekod prestasi yang bagus dan sentiasa sedia 1. The Roof Studio, Kuala Lumpur © The Roof Studio Firma reka bentuk hiasan dalaman ini mengkhusus kepada ruang bertema moden, menggabungkan unsur-unsur kayu, tona hangat dan pelbagai elemen semula jadi untuk kediaman anda—sesuai untuk mereka yang menggemari reka bentuk rumah moden dengan sentuhan gaya desa rustic. Dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang ini, pasukan The Roof Studio menawarkan reka bentuk yang hebat untuk semua pelanggan mereka. Firma reka bentuk hiasan dalaman ini juga telah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara. Selain membantu anda merealisasikan rumah impian anda, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan lain seperti perunding reka bentuk hiasan dalaman dan perabot terbina khas untuk rumah anda. Untuk mengelakkan sebarang salah faham dalam komunikasi mengenai reka bentuk dan konsep, The Roof Studio akan menyediakan lakaran dan visual 3D sebelum memulakan sebarang kerja. Berikut adalah maklum balas mengenai The Roof Studio Bekerja dengan Ken amat mudah. Dia mempunyai banyak idea yang kreatif dan mampu memenuhi permintaan saya untuk penggunaan ruang dan reka bentuk yang terbaik untuk rumah yang selesa. Yang paling penting, kemahiran pengurusan projek Ken amat hebat. Dia menyiapkan projek tepat pada masanya dan mengikut bajet yang diberikan. – Mei Ann Kepakaran Reka bentuk bertema moden Laman web Instagram theroofstudio Alamat 11-2, Jalan USJ 10/1g, Usj 2, 47620 Subang Jaya, Selangor Telefon 016-661 4998 2. Rice Design, Johor © Rice Design “Seperti semangkuk beras, reka bentuk menyentuh kehidupan semua Berlandaskan idea asas ini, Rice Design bermula. Rice Design telah memenangi anugerah “Tema Reka Bentuk/ID Terbaik Tahun Ini†oleh Atap dan adalah salah perunding seni bina dan reka bentuk terkemuka di Johor Bahru. Portfolio syarikat ini menunjukkan kepakaran reka bentuk inovatif dan pemikiran “di luar kotak“ untuk semua pelanggan mereka. Mereka bukan sekadar menjual khidmat dan produk, tetapi juga menawarkan suatu gaya hidup. Tidak kira sama ada anda sedang mencari idea hiasan dalaman rumah yang sesuai seperti bilik tidur puteri atau ‘Baller’, mereka akan melakukan segalanya untuk memenuhi cita rasa anda. Kepakaran Reka bentuk bertemakan konsep dan kontemporari Laman web Instagram ricedesignsdnbhd Pelanggan terkenal The Coaster, Lafre, Broadway Sutera Alamat 0218, Jalan Bukit Indah 15, Taman Bukit Indah, 81300 Skudai, Johor Telefon 07-234 8233 3. Chaos Design Studio, Pulau Pinang © Chaos Design Studio Studio reka bentuk hiasan dalaman di Pulau Pinang ini mempunyai pelbagai jenis reka bentuk yang mendapat pengiktirafan kerana pendekatan reka bentuk yang tidak konvensional, perancangan yang bijaksana, kreativiti dan perincian yang teliti. Jangan biarkan nama Chaos Design membuat anda terpedaya, gaya reka bentuk dan proses syarikat ini sebenarnya amat teratur. Dengan kepakaran khusus dalam reka bentuk projek komersial, kediaman dan hospitaliti, syarikat ini menggunakan pendekatan kolaboratif untuk membuahkan idea dan konsep ruang yang kreatif. Selain daripada reka bentuk hiasan dalaman, Chaos Design Studio juga menyediakan reka bentuk seni bina, reka bina dan khidmat perundingan. Berikut adalah maklum balas mengenai Chaos Design Studio Charles dan pasukannya adalah pereka berbakat dengan pemahaman teknikal yang kukuh. Ini jelas melalui lakaran mereka yang boleh dihargai oleh sesiapa sahaja di dalam industri ini. Logik di sebalik setiap reka bentuk difikirkan dengan teliti dan mereka sentiasa bekerja keras dalam projek untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dari segala aspek bentuk dan fungsi, tanpa berkompromi. – Chua Soo Jack Kepakaran Reka bentuk bertema kontemporari, perindustrian dan kampung Laman web Instagram chaosdesignstudio Pelanggan terkenal Frank Laurent x Masons, Macalister Mansion, Wellings Alamat 206b, Jalan 10300 George Town, Pulau Pinang Telefon 04-262 6078 BACA Tips deco bilik tidur dengan bajet serendah RM400 4. IQI Concept, Selangor © IQI Concept Syarikat ini terkenal sebagai kurator projek yang bergaya dan sedia untuk didiami. Kepakaran mereka termasuk penyelesaian hiasan dalaman untuk pemilik hartanah yang inginkan persekitaran rumah atau pejabat yang sempurna sesuai dengan cita rasa, gaya hidup dan falsafah mereka tanpa kompromi kepada kualiti. Salah satu kualiti yang ketara IQI Concept ialah keterperincian untuk memastikan bahawa di setiap proses, dari konsep kepada sentuhan terakhir, dipelihara dengan sempurna. Mereka adalah pakar dalam reka bentuk moden dan kontemporari. Namun, jika anda mempunyai idea tersendiri, mereka juga boleh membantu untuk menjadikannya suatu realiti. Berikut adalah maklum balas mengenai IQI Concept IQI Concept telah berjaya melaksanakan kerja yang amat hebat untuk kami. Mereka telah mengubah suai rumah kami menjadi rumah impian yang bergaya. Idea dan konsep mereka amat unik. Reka bentuk hiasan dalaman dan pilihan warna mereka memang menarik. Semua permintaan kami diberi kepentingan dan dipadankan dengan pelbagai idea untuk rumah impian. Perkhidmatan pasca pengubahsuaian IQI Concept juga diselenggara dengan baik. Sebarang isu yang dibangkitkan akan diberi perhatian segera. Pasukan termasuk Encik Han Boon, Encik Louis, Cik Vivi, Encik Aaron, Encik Nick dan semua kakitangan layak diberi markah 5 bintang. Saya akan mengesyorkan IQI Concept kepada ahli keluarga dan rakan-rakan saya pada masa akan datang. – Cik Maalinay Kepakaran Reka bentuk minimalis, moden, perindustrian dan Scandinavia Laman web Instagram Pelanggan terkenal ATT Global, Manhattan Chic Wealth Boutique Alamat Block 4, VSQ PJ City Centre, 07-1, Jln Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor Telefon 012-210 2262 5. Millimetre Design, Kuala Lumpur © Millimetre Design Ini adalah sebuah firma reka bentuk dalaman yang telah menjadi kurator pelbagai unit contoh yang memenangi anugerah. Millimetre Design di KL sesuai jika anda mahukan ruang dengan pelbagai jenis material dan kemasan menarik yang berbeza. Ini menghidupkan lagi ruang kediaman anda tanpa sebarang kepalsuan. Perkhidmatan mereka termasuk reka bentuk hiasan dalaman, pengurusan projek dan penyelesaian kontrak. Kepakaran mereka meliputi pelbagai projek termasuk kediaman, komersial, korporat, hospitaliti dan banyak lagi. Kepakaran Reka bentuk industri, retro, kontemporari dan minimalis Laman web Instagram Pelanggan terkenal Gamuda Gardens, Fifth Palete Alamat Pusat Perdagangan Bandar, Jalan Persiaran Jalil 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur Telefon 010-208 2272 6. Alvinterior Concept, Selangor © Alvinterior Concept Firma ID ini terkenal dengan ruang mewah yang memancarkan aura kelas dan keanggunan. Mereka menawarkan pelanggan nilai estetika pelbagai reka bentuk yang berbeza bergabung secara harmoni untuk pengalaman unik yang mencerminkan personaliti pelanggan. Tidak seperti kebanyakan firma reka bentuk hiasan dalaman, mereka tidak mempunyai sebarang gaya khusus. Mereka percaya bahawa semua pelanggan unik dan mempunyai idea ini bebas untuk memenuhi setiap permintaan dan cadangan pelanggan. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Alvinterior Concept termasuk reka bentuk hiasan dalaman, perancangan ruang, pengurusan projek dalaman dan perunding pengurusan Berikut adalah maklum balas mengenai Alvinterior Concept Terima kasih kepada Alvin dan pasukannya kerana kerja yang sangat memuaskan. Akhir tahun lepas, saya mencari pereka hiasan dalaman untuk rumah pertama saya yang baharu. Hasilnya amat baik, saya memang suka sangat! Rumah ini telah disiapkan sebelum CNY, dalam tempoh 3 bulan seperti yang kami minta. – Eva Foo Kepakaran Reka bentuk bertemakan kontemporari, minimalis, perindustrian dan retro Laman web Instagram alvinteriorconcept Alamat C-13-08, Soho 1 empire damansara, Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Telefon 03-7611 3445 7. Box Design Studio, Kuala Lumpur © Box Design Studio Pasukan Box Design Studio mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam industri seni bina dan reka bentuk hiasan dalaman. Pasukannya mempunyai semangat kuat dan kecemerlangan kreatif, disokong oleh rangkaian artisan yang mahir dan komited untuk penyelesaian terbaik bagi ruang impian anda. Mereka bangga menyampaikan idea-idea yang disesuaikan dengan kehendak dan keperluan pelanggan mereka. Apa yang mereka tawarkan bukan sekadar perkhidmatan, tetapi gaya hidup untuk kediaman anda. Berikut adalah maklum balas mengenai Box Design Studio Saya amat mengesyorkan Box Design Studio! Saya telah mengambil khidmat Lucas untuk mereka bentuk rumah saya. Dia memang sangat berbakat dalam bidang ini. Secara ringkas, saya memberitahunya jenis gaya yang saya inginkan untuk rumah saya dan dia melakar suatu imej di dalam kepala saya! Beliau juga seorang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Saya mempunyai pengalaman yang buruk dengan firma ID lain sebelum ini dan takut untuk memilih satu lagi untuk rumah baharu saya. Saya amat bertuah kerana memilih Box Design Studio. Anda tidak perlu bimbang tentang perkhidmatan pasca jualan. Lucas membetulkan semua kesilapan, walau sekecil manapun. – Joanne Wee Kepakaran Reka bentuk bertemakan klasik, kontemporari, minimalis dan industri Laman Web Instagram boxdesignstudio_sdnbhd Alamat VO5-07-06, tandatangan 1, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100, 55100, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Telefon 03-2711 4047 BACA 5 hiasan dinding DIY mudah untuk ruang tamu yang estetik 8. PINS Studio, Selangor © PINS Studio PINS Studio adalah pakar dalam reka bentuk dalaman, seni bina dan hiasan rumah dan disokong oleh sekumpulan profesional berkemahiran tinggi yang mendedikasikan kehidupan mereka untuk reka bentuk yang yang penuh nilai estetika dan fungsi. Pendekatan dan keupayaan kolaboratif mereka untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai projek memastikan hasil yang hebat untuk pelanggan mereka. Cita-cita mereka ialah mencipta reka bentuk dengan gaya hidup, serta reka bentuk hiasan dalaman – sama ada dapur, deko bilik kecil, bilik tidur, tandas – yang minimum dan halus. Berikut adalah maklum balas mengenai PINS Studio Tiada tempat lain lagi yang boleh memahami apa yang kami sebenarnya inginkan. PINS Studio boleh mengubah idea-idea semula jadi anda menjadi realiti, dengan kesederhanaan dan gaya yang mencerminkan diri dan hubungan anda dengan ruang kediaman kehidupan. Saya boleh menjamin bahawa semangat, kreativiti dan visi mereka adalah sebab utama saya tidak pernah mencari perunding reka bentuk yang lain  – Jym Kepakaran Reka bentuk bertemakan Zen dan minimalis Laman web Instagram Alamat D 3-3, Pusat Komersial Parklane, Jalan SS 7/26, Pusat Komersial Parklane, 47301 Petaling Jaya, Selangor Telefon 03-7865 6009 / 014-3644 551 9. Nu Infiniti, Selangor © Nu Infinity Nu Infinity menawarkan pendekatan “avant-garde†untuk proses reka bentuk – suatu pendekatan pelbagai jenis konsep, praktikal, kebolehkerjaan dan berwawasan. Ini mencerminkan pemikiran reka bentuk anggun dengan unsur moden dan bergaya, hebat bagi mereka yang mengagumi keberanian. Apa yang kami gemar mengenai Nu Infinity adalah ia bukan hanya sebuah firma reka bentuk hiasan dalaman yang semata-mata memberi tumpuan kepada reka bentuk yang terbaik untuk pelanggan mereka, mereka juga terkenal dengan tanggungjawab sosial korporat mereka – memberi ceramah, latihan dan menderma bahan dan peralatan yang tidak diingini melalui saluran yang betul. Kepakaran Reka bentuk bertemakan konsep, moden dan industri Laman web Instagram nuinfinity Pelanggan terkenal BMW, MINI, Mon Cheri, Cassey Gan Alamat 57-1, Jalan PJS 1/50, Pjs 1, 46150 Petaling Jaya, Selangor Telefon 012-387 5858 10. Matthew Lim Associates – MLA, Kuala Lumpur © Matthew Lim Associates Firma ini terkenal sebagai kurator ruang yang menampilkan keseimbangan bentuk dan fungsi di sekitar Asia. Matthew Lim seperti penulis hebat yang berkarya melalui reka bentuk hiasan dalaman, mewujudkan identiti tersendiri dalam semua projek reka bentuk. Contoh reka bentuk yang kekal lama adalah beberapa restoran terkenal seperti The Other Half Cafe di The Greens Residence, TTDI, Malaysia dan Suntara Garden Bar di Vientiane, Laos. Selain daripada reka bentuk hiasan dalaman, mereka juga menyediakan penjenamaan, skematik dan pembangunan reka bentuk, konsep, perancangan ruang dalaman, dokumentasi reka bentuk dalaman terperinci, kawalan kos dan jadual, penyeliaan tapak, dan perkhidmatan komunikasi reka bentuk kepada pelanggan mereka. Kepakaran Reka bentuk bertemakan retro, moden dan minimalis Laman web Instagram matthewlimassociates Pelanggan terkenal San Francisco Coffee, Tealive, Santan, Diamond & Platinum, Coffee Alamat Strata Office, Menara 1, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur Telefon 03-2202 2188 11. Sachi Design, Selangor © Sachi Design Pereka dalaman ini mempunyai pengalaman hampir sedekad dengan ciptaan ruang komersial yang unik. Mereka mencipta ruang berdasarkan kehendak dan keperluan pelanggan, sama ada reka bentuk balkoni, ruang legar atau bilik tidur utama rumah teres, atau bilik pameran. Firma ini memenangi pelbagai anugerah dan bukan sahaja mahir dalam reka bentuk hiasan kediaman rumah, tetapi juga mempunyai beberapa pelanggan korporat yang besar seperti Mercedes Benz, SP Setia, Hunter Douglas dan banyak lagi. Kepakaran Reka bentuk bertemakan minimalis dan kampung Laman web Instagram Pelanggan terkenal Mercedes Benz, Buffalo, SP Setia Alamat 4-2, Jalan Pekaka 8/4, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Telefon 03-6150 5018 BACA 8 tips beli cat rumah yang anda patut cuba 12. WO Atelier, Kuala Lumpur © WO Atelier Walaupun mempunyai hanya empat tahun pengalaman dalam industri, pendatang baharu ini telah mendapat sambutan hebat daripada semua pelanggan mereka kerana keupayaan menggabungkan personaliti ke dalam ruang yang kosong. Pereka firma ini mempunyai lebih daripada lapan tahun pengalaman dan berjaya dalam pelbagai projek-projek dari konsep awal, perabot dan pemilihan barang hiasan, bahan hiasan, dan banyak lagi. Pelaksaaan projek dilakukan dengan tepat, profesional dan secara terperinci. Berikut adalah maklum balas mengenai WO Atelier Kami mahukan sebuah rumah yang selesa dengan suasana hotel 5 bintang di dalamnya, bersih dengan sentuhan anggun dan kelas. Kami juga mahu sebuah rumah yang minimalis dengan sistem storan yang hebat. Mencapai objektif ini dengan keluasan 600 kaki persegi dan 1 bilik tidur amat rumit. Namun, WO Atelier memberikan kami segalanya. Rumah yang selesa seperti hotel 5 bintang, ringkas dengan reka bentuk yang moden dan minimalis. Storan juga banyak! Kami suka sentuhan peribadi di setiap sudut rumah. Reka bentuknya hebat, menjangkau imaginasi kami. Lebih mengagumkan adalah usaha mereka yang gigih ketika bekerja. Oleh kerana kekangan logistik, banyak perkara yang kami tidak dapat lakukan sendiri. Wayne banyak membantu dan menyiapkan kerja yang menakjubkan, walaupun kadang-kadang bukan dalam bidang kerjanya. Terima kasih WO Atelier kerana membuat rumah impian kami menjadi kenyataan. – Nirna Fairuzati Kepakaran Reka bentuk bertemakan kontemporari dan Scandinavia Laman web Instagram wo_atelier Pelanggan terkenal Gloria Jean, Jamaica Blue Fine Coffee Alamat Block A1-5-2 , Arcoris Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur Telefon 03-2712 0834 13. Nevermore, Pulau Pinang © Nevermore Nevermore adalah firma reka bentuk hiasan dalaman yang memenangi pelbagai anugerah antarabangsa yang mengkhusus dalam projek kediaman dan komersial di seluruh Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Syarikat ini berpangkalan di Pulau Pinang dan adalah pakar dalam mewujudkan ruang yang menakjubkan untuk pelbagai lapisan masyarakat, termasuk mereka yang gemar reka bentuk dan konsep dalaman yang hebat. Mereka menawarkan segala perkhidmatan yang anda perlukan dari sebuah firma reka bentuk hiasan dalaman – reka bentuk, kejuruteraan, pengurusan projek, perancangan bandar, seni bina, landskap, reka bentuk hiasan dalaman dan penjenamaan. Berikut adalah maklum balas mengenai Nevermore Bekerja dengan Nevermore memang bagus. Yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan reka bentuk yang hebat. Dia dapat melihat gambaran keseluruhan dan cenderung kepada butiran dalam konteks ini. Kemahiran komunikasi beliau sangat baik dan kami telah bertukar beratus-ratus mesej dan gambar. Saya juga kagum dengan tahap profesionalisme Yang dan pihak kontraktor. Yang paling penting, pasukan pereka melakukan kerja tepat pada masanya, dan projek tidak melebihi anda mencari pereka yang pintar, berkualiti tinggi dan unik yang anda boleh anda percayai, saya syorkan Nevermore. – VoonChung Kepakaran Reka bentuk bertema moden dan minimalis. Laman Web Instagram nevermoregroup Alamat 306d, Jalan Burma, 10250 George Town, Pulau Pinang Telefon 019-473 1919 14. Apieceofart, Selangor © Apieceofart Firma ini menggabungkan reka bentuk kreatif dan idea inovatif dengan sentuhan profesional yang mahir untuk memberikan pengalaman kehidupan terbaik untuk pelanggan. Selain reka bentuk ruang yang indah, mereka juga menggabungkan seni dan fungsi. Tidak kira sama ada anda sedang mencari nilai estetika ‘Pejabat Akhbar Amerika pada tahun 1960-an’ atau unsur reka bentuk Scandinavia di rumah anda, mereka boleh melakukannya. Syarikat ini juga menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuk perundingan untuk bekalan bahan binaan dan seni bina. Kepakaran Reka bentuk bertemakan retro dan kampung Laman web Instagram apieceofartspace Alamat Tiong Nam, 9, Jalan 51/203A, Kawasan Perindustrian, Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor Telefon 012-909 3488 15. SQR Interior Architecture, Johor © SQR Interior Firma reka bentuk hiasan dalaman dan seni bina ini terlibat dalam pelbagai projek yang memenangi anugerah dan memenuhi keperluan semua pemilik hartanah. Mereka mempunyai portfolio yang luas, termasuk idea untuk bilik tidur kecil, serta hiasan ruang tamu kecil dan besar yang anggun. Rahsia mereka ialah pasukan yang komited dan terlibat di setiap peringkat sesuatu projek. Syarikat ini juga menghargai kolaborasi dan percaya bahawa pendekatan ini boleh menghasilkan kerja yang memenuhi kehendak pelanggan mereka. Kepakaran Reka bentuk bertema moden dan kontemporari Laman web Instagram sqr_design Pelanggan terkenal Mamee, JS Group, CabNet Alamat 289a, Jalan Sutera 1, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor Telefon 014-394 3995 BACA Apa yang anda perlu tahu mengenai servis pembersihan rumah profesional di Malaysia 16. InD’finity Design, Kuala Lumpur © Ind’finity Design Firma ini terkenal dengan projek komersial dan mempunyai pengalaman lebih dari satu dekad dalam industri ini. Mereka menawarkan khidmat reka bentuk hiasan dalaman dan pengubahsuaian rumah, termasuk lakaran, kerja tanah, pengalaman tapak kerja dan berurusan dengan pembekal, serta pelbagai ruang perniagaan di seluruh Malaysia. Darren Gan, pencetus idea untuk firma Ind’finity, juga telah mengembangkan perniagaannya ke negara lain seperti Dubai, Kemboja, India, Abu Dhabi dan Oman. Firma yang memenangi pelbagai anugerah ini juga disokong oleh sekumpulan pereka dalaman yang mahir dan bersemangat. Tidak kira sama ada rumah teres, pejabat korporat atau hanya hiasan dalaman rumah, mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan ruang anda lebih menarik. Berikut adalah maklum balas mengenai Ind’finity Design Perkhidmatan Ind’finity adalah sempurna. Pekerja mereka terlatih dan meluangkan masa untuk mendengar dan menyelesaikan masalah saya. Selain itu, mereka juga amat sopan dan banyak membantu. Cadangan mereka sesuai dengan cita rasa saya. Memang berbaloi, saya beri Ind’finity 5 bintang! – Young Concept Condo Kepakaran Reka bentuk bertemakan kampung, minimalis dan kontemporari Laman web Instagram indfinitydesign Pelanggan terkenal Herbalife, Quotepro International Corporate, Boustead Travel Services Alamat Blk A, A-3A-3, Menara Uncang Emas,, Jalan Loke Yew, 55200 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Telefon 011-5921 8665 17. Prestige Home Avenue, Kuala Lumpur © Prestige Home Avenue Firma ini agak baharu dalam industri dan namanya makin harum kerana projek kreatif dan inovatif mereka. Mereka percaya bahawa semua orang mempunyai cerita dan idea tersendiri. Tugas mereka adalah untuk membantu menyampaikan cerita dan mengubahnya menjadi reka bentuk impian. Prestige Home Avenue menawarkan pelbagai reka bentuk hiasan dalaman peribadi dan perkhidmatan seni bina, untuk menjadikan rumah dan pejabat impian secara profesional tanpa bajet yang keterlaluan. Walaupun firma ini berpangkalan di KL, mereka mempunyai pejabat di seluruh negara. Kepakaran Reka bentuk bertema moden dan kontemporari Laman web Instagram prestigehomeavenue Alamat Blok V02-06-02 Lingkaran SV, Jalan Peel, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur Telefon 03-9201 7777 18. Todo Design, Kuala Lumpur © Todo Design Firma ini berpangkalan di Cheras dan mempunyai pasukan yang pakar dalam bidang reka bentuk seni bina dan hiasan dalaman. Mereka adalah kurator ruang yang bergaya, sesuai dengan gaya hidup pemilik hartanah. Selain itu, Todo Designs menggabungkan reka bentuk yang bergaya ke dalam karya mereka untuk memastikan ruang yang unik dan kontemporari. Jangan risau jika anda mempunyai kekangan bajet. Pasukan mereka sentiasa berusaha untuk mereka bentuk rumah impian anda tanpa kos yang keterlaluan. Kepakaran Reka bentuk bertemakan Scandinavia dan kontemporari Laman web Instagram Alamat 15, Jalan Suasana 5/3, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor Telefon 03-9547 4897, 012-331 8314 19. Line2pixels, Kuala Lumpur © Line2pixels Firma ini menawarkan kepelbagaian dan kecekapan dalan projek yang menakjubkan sejak penubuhannya lima tahun yang lalu. Kesederhanaan dan kehalusan adalah kepakaran mereka, sesuai untuk pemilik rumah yang ingin menggabungkan reka bentuk hiasan dalaman Scandinavia dan minimalis untuk rumah mereka. Mereka amat teliti mengenai keperluan ruang, nilai estetika reka bentuk dan kebolehupayaan produk mereka, dan hanya menggunakan bahan terbaik dan berkualiti untuk pelanggan mereka. Berikut adalah maklum balas mengenai Line2pixels Pemilihan warna yang tepat, mampu melaksanakan kerja tepat seperti lakaran, fleksibel membantu menyelaras kerja pembetulan DLP, banyak nilai tambahan pada akhir projek. Semua ini ditawarkan oleh Line2pixels. Amat seronok berurusan dengan Encik Pui yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang bahan, reka bentuk dan praktikal. Amat mudah untuk membiarkan segala kerja kepadanya kerana dia amat terperinci untuk menepati kehendak pelanggan. Memang berbaloi mengambil khidmat mereka – siap dengan pembersihan percuma 3 kali pada masa yang berasingan untuk memastikan anda berpindah ke rumah yang bersih. – Laang Shyh Kepakaran Reka bentuk bertemakan bersih dan minimalis Laman web Instagram line2pixels Alamat A-7, 2, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Telefon 03-6151 6496 BACA 5 perkara yang pereka hiasan dalaman takkan buat untuk dapur kecil 20. Mieux Design, Selangor © Mieux Deisgn ‘Mieux’ maksudnya ‘terbaik’ dalam bahasa Perancis, mesej utama firma reka bentuk hiasan dalaman ini. Mieux Design berlandaskan satu prinsip utama iaitu menyediakan penyelesaian dan idea terbaik untuk reka bentuk hiasan dalaman. Mereka berbangga dengan pasukan pereka yang sangat berbakat dan berkelayakan tinggi, memberikan hasil yang menonjol dan menunjukkan ketulenannya melalui fungsi dan reka bentuk. Falsafah mereka untuk mewujudkan ruang yang seimbang dan harmoni untuk rumah juga tidak takut menghadapi pelbagai cabaran. Pasukan Mieux menganggap bahawa semua cabaran membuka peluang untuk mencipta reka bentuk yang lebih unik. Berikut adalah maklum balas mengenai Mieux Design Saya telah memberikan kepercayaan penuh saya kepada Isaac, Sheila dan pasukan mereka selepas perbincangan pertama. Mereka bersemangat, bertimbang rasa, kreatif, inovatif dan bertanggungjawab. Mereka membuat kerja susulan dengan teliti dan segera semasa keseluruhan projek. Kawan-kawan saya memberi pujian melambung kepada reka bentuk mereka dan memberitahu saya bahawa ini adalah pelaburan terbaik saya, dan saya bersetuju. Terima kasih kerana kerja anda yang hebat. Teruskan! – Shin Yen Kepakaran Reka bentuk bertemakan moden and minimalis Laman web Instagram mieuxdesign Alamat 40-1, Jalan Dataran Cheras 2, Dataran Perniagaan Cheras, 43200 Balakong, Selangor Telefon 011-1681 3419
Seronoknya kalau dapat duduk rumah besar kan. Semua ruangan besar, sebut je nak apa, bilik air ke, bilik tidur ke, dapur ke, ruang tamu ke, semua besar, boleh deko macam-macam. Ada pulak kolam renang ke jakuzi ke… tak jalan mana pun tak apa, duduk rumah je! Jadi, tanpa lengahkan masa lagi, jom kita cuci mata tengok rumah banglo mewah selebriti Malaysia ni. Mana tau, boleh bagi inspirasi dan mengundang semangat untuk kita mengecapi kehidupan mewah seperti ni juga satu hari nanti! 1 Chef Dato’ Redzuawan Chef Wan Siapa tak kenal dengan chef selebriti yang paling legend dan terkenal di Malaysia ni? Bukan setakat di Malaysia je tau, Chef Wan ni dikenali sampai tahap antarabangsa jugak. Selain dari pakar memasak, mengacara dan menulis, Chef Wan juga memiliki kediaman mewah cukup memukau di Aspen Garden Residence, yang terletak di Cyberjaya. Tengoklah betapa mantapnya rumah banglo tiga setengah tingkat ni! Setiap ruang memang luas dan rekaan dalamannya pula dihias dengan pelbagai perabot dan hiasan yang amat mewah. Siap ada sofa yang ditempah khas dari New York lagi di ruang tamunya. Harga pelancaran rumah banglo ni masa 5 tahun lepas pun dah cecah sampai RM4 juta, jadi sekarang mesti dah lagi mahal harganya! 2 Datuk Seri Siti Nurhaliza Datuk Seri Siti Nurhaliza ni memang nama yang tak asing lagi dalam industri seni tanah air kita. Memang tak ada sesiapa boleh nafikan kekayaan Datuk Siti. Ye lah, dah mencipta nama dalam industri seni sejak umur belasan tahun lagi. Ditambah pula dengan kejayaan syarikanya sendiri dan dilantik sebagai duta pelbagai produk, memang tak ada siapa boleh persoalkan hartanya. Lepas dah kahwin dengan suaminya, Datuk K, lagi bertambah-tambah rezeki mereka. Pasangan ni bukan ada satu, tapi empat buah rumah banglo mewah di Malaysia, yang mana harga setiap satu mencecah jutaan Ringgit! a. Banglo di Cameron Highlands b. Banglo di Kuala Lipis c. Banglo di Cheras d. Banglo di Bukit Antarabangsa 3 Wawa Zainal & Aeril Zafrel Dua merpati sejoli ni memang ramai peminatnya, lagi-lagi dengan kisah cinta romantik mereka yang ala-ala cerita Hindustan tu. Selepas hampir 8 tahun kahwin, Aeril memberikan kejutan pada isteri tercinta dengan menghadiahkan rumah pertama mereka berdua sejak mendirikan rumahtangga. Tak ke romantik tu? Manis betul pasangan ni, sama kacak, sama cantik. Kalau anda nak tau, mahligai mewah dengan dekorasi elegan dan memukau ni ambil masa sampai setahun nak siapkan ubah suai. Memang teliti betul Mr Suami Wawa Zainal ni. Satu rumah dihias dengan rapi dan tona warna yang dipilih pula sangat menggamit jiwa. 4 Neelofa Usahawan cantik dan bergaya ni bukan sahaja dah menceburi industri seni dari umur yang muda, tapi dah berjaya uruskan perniagaan sendiri sejak dari umur 26 tahun lagi. Bisnes hijabnya memang dikenali di dalam dan luar negara. Rekod jualannya pernah dicatat pada RM50 juta dan ke atas. Lepas dah bertahun mencipta nama sebagai usahawan, ada khabar berita yang Neelofa beli sebuah rumah mewah yang sangat cantik, tertarik dan menawan di Lembah Klang. Siap boleh nampak pemandangan Menara KLCC lagi! Pemandangan dari tingkat atas rumah Neelofa ni memang cantik sangat, dan rumah siap ada kolam renang lagi. Lepas penat kerja boleh terus lompat tenangkan fikiran dalam kolam yang biru nan indah. Mesti seronok kan? 5 Siti Sarah & Shuib Ni satu lagi kisah pasangan yang memang sangat sweet di Malaysia. Penyanyi vokal hebat Siti Sarah dengan suaminya Shuib, seorang pelawak yang terkenal dari kumpulan Sepahtu. Sebagai tanda penghargaan Siti Sarah melahirkan anak ketiga mereka, Shuib menghadiahkan sebuah kondominium berkembar mewah di Puchong. Ada sumber mengatakan rumah kondo mereka tu boleh mencecah harga juta seunit tau! Bahagianya, lepas bersalin dapat kondo sebiji begitu kan. Kita sama-sama lah doa biar keluarga kita pun dapat murah rezeki juga! 6 Datuk Aznil Haji Nawawi Datuk Aznil ni, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil, seorang pengacara yang terkemuka kat Malaysia. Kalau tengok keletah Pak Nil ni kat TV memang geli hati je sepanjang masa. Walaupun rasa dia asyik melawak je, tak sangka seleranya untuk hiasan rumah sangat la tinggi! Terpukau bila tengok kemewahan dan susunan perabot yang teratur kat villa mewah Pak Nil ni. Memang dihias bak macam Istana tau! Perabot pula beli dari Datuk Aliff Syukri, tu yang nampak menawan je. Pak Nil siap sediakan satu ruang istimewa dengan dekorasi ala Marrakesh lagi untuk ahli keluarga berkumpul, berehat atau untuk buat usrah dan solat berjemaah. 7 Anzalna Nasir Anzalna ni memang antara pelakon wanita yang jelita kat Malaysia. Kalau sesiapa yang ikut Instagram dia, mesti dah sedia maklum yang Anzalna tinggal di satu unit kondominium mewah yang sangat elegan dan penuh rasa glamour. Anzalna selalu juga berkongsi gambar kondominium mewahnya yang terletak dekat dengan KLCC. Bukan setakat ada kolam renang, tapi pemandangan dari kondo mewah tu pun memang sangat eksklusif sebab nampak keindahan Kuala Lumpur terus, tak ada penghalang. Mengikut satu sumber yang sah, harga kondo Anzalna tu berharga sekitar RM500,000 ke juta. Tu baru harga rumah, tak masuk lagi perabot dengan hiasan-hiasan yang hebat tu! 8 Rozlina Onn Linda Onn Penyampai radio yang pernah terkenal di Malaysia ni pun ada perniagaan restoran sendiri. Linda Onn membeli kediaman rumah banglo mewah yang berharga hampir RM3 juta di Setiahills, Bukit Indah, Ampang. Harga RM3 juta tu masa mula-mula beli lebih kurang 9 tahun lepas! Banglo mewah dua tingkat Linda Onn ni terletak di kawasan perumahan yang eksklusif dan dikawal ketat selama 24 jam oleh pegawai keselamatan yang tersedia. Reka bentuk kediaman ni memang sangat unik dan keluasan pula dalam 8,000 kaki persegi termasuk dengan tanah yang ada di sekeliling rumah. Kalau anda perasan, persekitaran rumah Linda Onn ni seperti di resort sebabnya banglo ni memang salah satu daripada 45 buah banglo di Setiahills yang berkonsepkan villa spa Bali. 9 Dato Aliff Syukri Boleh kata satu Malaysia sudah kenal dengan Dato Aliff Syukri ni, atau juga dikenali sebagai abang terlajak laris’. Dia, yang memang terkenal dengan pelbagai video aktiviti harian yang selalu viral kat media sosial, dah pun berpindah ke mahligai mewah yang tersergam indah di Kota Damansara dengan keluarga tersayang dan pembantu rumahnya sekali. Aliff penah cakap yang dia bukannya berkongsi rumah bak istana seluas 400,000 kaki persegi tu untuk menunjuk-nunjuk, tapi harap yang ramai akan terinspirasi dengan kejayaan hasil kerja kerasnya. Mahligai Aliff ni dibina atas tanah berharga RM13 juta, dan kos untuk hiasan dalaman je dah mencecah sampai RM11 juta. Selain dari istana mewah kat Kota Damansara tu, Aliff ada jugak kondominium kat Pavilion Kuala Lumpur, yang mana harga boleh cecah sampai RM4 juta! 10 Dato Seri Vida Antara jutawan kosmetik terkenal di Malaysia, Dato Seri Vida ni memang mempunyai kekayaan yang melimpah ruah. Jenama produknya, Pamoga dan Qu Puteh memang laris terjual, sampai boleh taja pelbagai rancangan TV tempatan. Dan ni dia Rumah Dato SV yang berharga hampir RM20 juta kat Ipoh, Perak tu! Ni hanya salah sebuah rumah mewah yang dimilikinya, kalau tak silap ada Dato Vida ada 17 buah lagi rumah di Ipoh dan Kelantan yang berharga jutaan Ringgit! Sumber Kaki Tular Panduan Relevan 10 Rumah Pemimpin-Pemimpin Malaysia Yang Serba Mewah Gahnya Rumah 6 Pereka Fesyen Malaysia Ini! Cantiknya Rumah 8 Usahawan Wanita Malaysia Ni!
Bila dah beli atau sewa rumah, dinding memang antara benda pertama kita tengok. Nak cat balik atau nak tampal wallpaper atau nak biarkan warna asal begitu. Ada juga satu lagi pilihan iaitu menghiasnya dengan bingkai gambar dipenuhi gambar keluarga atau poster seni cantik-cantik. Barulah naik seri sikit dinding rumah tu kan? Tak kosong je! Nak lalu lalang tiap hari pun seronok, tetamu datang rumah pun tertarik. Tahu tak yang bingkai gambar ni dah ada sejak Tamadun Mesir lagi, ia ditemui dalam sebuah makam yang dianggarkan dibina pada tahun 50-70 Masihi. Jadi hiasan bingkai gambar ni memang tak lapuk ditelan zaman lah orang kata! Tapi, sebelum nak guna bingkai gambar tu, jom kita tengok dulu cara nak ukur saiz bingkai gambar yang sesuai, barulah tak nampak janggal! Cara Ukur Bingkai Gambar Bingkai gambar atau foto datang dalam pelbagai saiz, biasanya diukur dalam inci, membolehkan anda mengukur dan mencari bingkai paling sesuai untuk gambar anda. Saiz biasa adalah 8 x 10 inci dan 11 x 14 inci. Walau bagaimanapun terdapat banyak lagi saiz yang perlu diambil kira kerana ia berbeza bergantung kepada apa yang anda ingin bingkaikan. 1. Bingkai gambar saiz kecil Untuk gambar kecil, terdapat beberapa pilihan yang ada. Saiz khusus bingkai dalam julat ini termasuklah 3 x 3 inci 8 x 8 cm, 3 x 5 inci 8 x 13 cm, dan x 5 inci 9 x 13 cm. Foto untuk bingkai ini adalah saiz yang biasa dalam fotografi. 2. Bingkai gambar saiz sederhana Saiz sederhana adalah saiz standard. Bingkai ini termasuklah dalam ukuran 4 x 6 inci 10 x 15 cm, 5 x 7 inci 13 x 18 cm, dan 6 x 8 inci 15 x 21 cm. 3. Bingkai gambar saiz besar Bingkai besar biasanya digunakan untuk gambar bersaiz potret. Bingkai ini terdiri daripada saiz 8 x 10 inci 20 x 25 cm, 8 x 12 inci 20 x 30 cm, x 11 inci 21 x 28 cm, dan 9 x 12 inci 22 x 30 cm. 4. Bingkai gambar saiz besar XL Bingkai tambahan ini lebih besar dan boleh digunakan untuk gambar atau hasil seni bercetak. Saiznya termasuklah 10 x 13 inci 25 x 33 cm, 11 x 14 inci 28 x 35 cm, 11 x 17 inci 28 x 40 cm, 12 x 16 inci 30 x 40 cm, dan 12 x 18 inci 30 x 45 cm. 5. Bingkai gambar saiz poster Bingkai saiz poster adalah untuk poster dan lukisan. Saiznya selalu dalam ukuran 16 x 20 inci 40 x 50 cm, 22 x 28 inci 55 x 70 cm, anda juga boleh custom made bingkai ni ikut saiz poster atau lukisan yang anda mahu. 5 Tips Pilih Bingkai Gambar Nak memilih bingkai gambar bukanlah sesuatu yang sukar. Asalkan anda ada keinginan untuk mencantik sesuatu ruang dan sudut. Jadi di sini kami senaraikan beberapa tip yang boleh anda gunakan untuk menyusun bingkai pada ruang dekorasi anda. 1. Pemilihan lokasi Perkara pertama perlu dipertimbangkan sudah tentu melibatkan lokasi yang boleh dijadikan wall of fame di kediaman anda seperti dinding ruang tamu, foyer atau koridor. Sekiranya anda sudah mengenal pasti mana-mana sudut atau ruang, anda sudah boleh mula merancang untuk menggantungkan bingkai gambar anda. Tetapi ingat, jangan bersepah ikut suka hati. 2. Tentukan apa yang ingin dibingkaikan Kedua adalah dengan menentukan apa yang ingin dibingkaikan, sama ada gambar, lukisan, hasil seni, poster atau apa-apa saja. Ini yang akan menentukan bingkai apa yang sesuai. Sesudah anda tahu bingkai apa yang kena dengannya, mudahlah anda mencari lokasi yang tepat untuk bingkai tersebut. 3. Padankan dengan perabot/perhiasan lain Sudah menjadi lumrah, bila nak menghias pastinya anda tertarik untuk mencampurkan dengan perhiasan atau perabot lain. Memanglah tak salah, tapi anda perlu bijak mengimbangi ruang tersebut. Perlu fokus dan tahu apakah yang anda inginkan. Lagi senang jika anda sudah ada tema dalam kepala, misalnya tema kontemporari, hitam-putih, vintaj dan sebagainya. 4. Tentukan warna dan material bingkai Sebelum membeli frame gambar, anda perlu sedikit sebanyak mempelajari teknik permainan warna, agar mereka yang melihat boleh fokus kepada gambar atau lukisan di dalam bingkai. Jika gambar yang dibingkai berwarna cerah, maka bingkai foto yang sesuai adalah berwarna lebih gelap begitulah sebiliknya agar ia lebih menonjol. Kemudian, jika ruang anda bertemakan natural atau semulajadi, bingkai kayu adalah padanan yang sesuai. Jika sudut anda berilhamkan moden dan kontemporari, maka bingkai gambar dari material metal atau aluminium lebih sesuai. Anda juga boleh memilih bingkai gambar yang memiliki warna berlawanan dengan warna utama yang digunakan di ruang tersebut. Ini kerana warna bingkai yang kontra dapat menonjolkan ruangan itu. Untuk memadankan dengan keseluruhan interior ruangan, disarankan untuk memilih warna yang sama dengan sofa atau warna yang senada dengan hiasan lain di sekitarnya. Kami beri anda jadual untuk padanan bingkai gambar dengan gaya dekorasi rumah anda, barulah nampak tak janggal. Emas Dekorasi klasik, Inggeris atau moden kontemporari. Perak Dekorasi industrial, urban dan minimalis. Coklat Dekorasi desa, alam semulajadi atau natural. Hitam Dekorasi klasik, moden, misteri dan dramatis Putih Dekorasi klasik, Scandinavian atau natural. 5. Keseimbangan rekaan bingkai Seperti yang diketahui, bingkai gambar ada pelbagai rekaan dan design. Dari rekaan standard sehinggalah bingkai dekorasi. Belum lagi bercakap tentang bingkai berukir atau motif khas, atau bingkai dengan bentuk tertentu seperti hati, pokok dan lain-lain. Anda boleh memilih bingkai dengan rekaan yang unik untuk dipadankan dengan ruang dalaman yang sedia ada. Namun, jangan lupakan faktor keseimbangan. Khususnya jika anda sudah mempunyai tema yang ingin ditampilkan. Ingat, jangan sampai bingkai gambar terlalu menonjol dan menenggelamkan kisah yang ingin ditampilkan. Jenis Bingkai Gambar & Teknik Dekorasi Jadi bagaimana untuk mengenalpasti bingkai mana yang bersesuaian dengan idea dan konsep anda? Namun sebelum itu, jom kita lihat jenis bingkai yang ada di pasaran Malaysia. Dah tahu, senanglah nanti untuk buat pilihan dan mencari ilham untuk menghias. 1. Bingkai standard Bingkai standard yang minimalis ini adalah bingkai paling biasa boleh dijumpai di mana-mana kedai perhiasan rumah laku keras di IKEA!. Ia datang dalam bentuk segi empat atau bulat tanpa sebarang perincian lain. Bingkai seperti ini lebih sesuai digantung di rumah mahupun di pejabat. Dinding anda pasti tampak seperti sebuah galeri eksklusif. Kebiasaannya bingkainya berwarna solid seperti hitam, putih, emas atau perak dan materialnya kayu atau besi. Ia juga seringkali menggunakan efek gambar-di dalam-gambar. Ini bagi menyerlahkan gambar yang ditonjolkan. Teknik penggayaan Cuba kumpulkan beberapa koleksi bingkai gambar dan susun ikut kreativiti anda. Jangan takut untuk gabung-dan-padan saiz dan warna bingkai yang berlainan. Ini bagi mencipta variasi dan impak visual pada dinding anda. 2. Bingkai terapung Bingkai yang sempurna adalah karya yang bercakap’ untuk dirinya sendiri. Untuk paparan moden yang anggun, anda boleh mempertimbangkan menggunakan bingkai yang dihasilkan dari plexiglass. Bingkai seperti ini boleh disesuaikan pelbagai saiz karya seni mahupun gambar. Kesan terapung moden menambahkan gaya kontemporari pada dinding dengan skema warna menyerlahkan gambar karya seni/gambar menerusi kaca. Walaupun sedikit rumit cara hiasnya berbanding bingkai tradisional, namun hasilnya memang cantik! Anda bukan saja boleh meletakkan gambar atau lukisan tetapi juga keratan surat khabar dan sijil peribadi anda. Teknik penggayaan Bingkai bersaiz 30 x 42" adalah ukuran biasa yang menjadi pilihan, boleh menukar dinding kosong menjadi seperti bilik pameran. Perlukan pemasangan yang rapi, jika tidak rapi, ia boleh tanggal dan rosak. 3. Bingkai kolaj Bingkai kolaj ini lebih kepada teknik yang boleh anda gunakan untuk menghias dinding. Menggunakan bingkai yang standard, anda boleh menghimpun’ beberapa bingkai dan menyusunnya menjadi sebuah kolaj yang menawan. Teknik susunan yang anda boleh cuba termasuklah bentuk lingkaran, menjajar, memanjang dan lain-lain. Saiz bingkai juga boleh berlainan asalkan anda bijak menyusun aturnya. Anda juga boleh mencetak karya atau gambar yang besar dan membahagikan mengikut susunan bingkai. Maka gambar tersebut dilihat saling berhubung dan memberitahu kisah menarik buat yang melihatnya. Teknik penggayaan Pastikan sudut atau ruang dinding di mana anda menggantung semua bingkai tidak berat dengan perhiasan lain yang boleh menganggu fokus. Ingat, less is more! 4. Bingkai dekorasi Bingkai dekorasi adalah antara yang paling diminati ramai. Seperti namanya, bingkai ini bukan sekadar mempamerkan keindahan gambar namun perincian menarik bingkai luarnya. Bingkai gambar ini adakala menampilkan elemen tambahan seperti ukiran, corak malah elemen 3D yang akan menyerlahkan setiap gambar yang digantung. Hadir dengan pelbagai bentuk dan corak, anda boleh memilih bingkai yang anda suka dan padankan dengan kisah’ setiap gambar. Sudut anda itu pastinya akan menjadi lebih menarik. Teknik penggayaan Anda boleh memilih untuk menggantung atau meletakkan bingkai tersebut di atas meja. Jangan memilih bingkai dengan elemen yang berlebihan, nanti akan over shadow gambar atau karya seni yang dibingkaikan. 5. Bingkai kotak bayangan Anda nak pamer sesuatu’ yang bukan lukisan atau gambar dalam bingkai? Bolehlah guna bingkai shadow box atau kotak bayangan. Bingkai jenis ini berfungsi dalam memaparkan sebarang item dalam kaca tertutup yang dipersembahkan dengan gaya artistik untuk menonjolkan selera peribadi. Bingkai jenis ini sesuai mempamerkan perhiasan seni, lencana, pin, pingat, bunga-bungaan kering dan lain-lain. Teknik penggayaan Pastikan anda memilih bingkai shadow box yang mempunyai kedalaman bersesuaian dengan inci item yang ingin anda pamerkan, supaya ia tak bersentuhan dengan kaca bingkai. Nanti kalau kaca retak, dah rugi. 6. Bingkai rak Meja dan rak juga menjadi salah satu lokasi tumpuan yang boleh anda letakkan bingkai gambar anda. Kebanyakan bingkai meja atau table top frames hadir dengan reka bentuk yang tak lapuk dek zaman dengan suntikan ciri moden yang unik. Hanya sandarkan kaki bingkai logam mudah laras di belakangnya, dan letakkan di atas mana-mana meja sudut, rak atau mantel. Jangan letak di atas meja makan pula! Teknik penggayaan Suntikkan elemen peribadi di mana anda boleh letakkan sedikit perhiasan lain bagi mengimbangi ruang tersebut. Tetapi ingat jangan berlebihan pula. Nanti sesak pula ruang tersebut. 7. Bingkai poster Ada antara kita yang gemar mengumpul dan mempamerkan gambar dan lukisan yang bersaiz besar dari kebiasaan, seperti saiz poster iaitu 20x64. Ada yang hanya menampalnya ke dinding dengan menggunakan gam atau pita pelekat, namun anda boleh menggunakan pendekatan lain seperti menggunakan bingkai biasa yang berukuran poster. Menampal poster boleh merosakkan dinding, namun dengan meletakkannya di dalam bingkai bukan saja menjadikan poster anda kelihatan lebih cantik, berkualiti tinggi, terjaga dan eksklusif. Teknik penggayaan Memandangkan bingkai bersaiz poster agak besar dan memakan ruang, anda boleh selitkan perhiasan lain seperti pasu bunga viral, rak dan lain-lain bagi mengisi ruang tersebut. Menariknya, anda boleh memilih untuk menggantung atau menyandar di dinding. 8. Bingkai kanvas Bagi anda yang mengemari lukisan yang dilakar di atas kanvas, terdapat bingkai tersendiri yang dicipta khas untuk menonjolkan karya itu. Lukisan mahupun karya di atas kanvas menawarkan dimensi tersendiri, di mana kebiasannya terdapat sedikit ruang slight float yang memisahkan kanvas dan sudut dalam bingkai bagi menyerlahkan autentik dan perincian kanvas itu. Yang pasti tujuan utama bingkai ini adalah memberikan perlindungan pada lukisan dan menyerlahkannya secantik mungkin. Teknik penggayaan Pilihan bingkai ini adalah subjektif dan harus mengambil pertimbangan berikut Adakah ia untuk dijual atau untuk tatapan saja? Dan adakah ianya hanya untuk dilihat, dan bukan untuk disentuh. 9. Bingkai gambar DIY Selepas anda mengenalpasti saiz bingkai gambar, anda boleh memiliki bingkai idaman dengan bajet rendah. Dengan hanya membeli bingkai biasa di kedai, anda boleh mengecat semula mengikut warna pilihan, seperti perkongsian ini. Bahan-bahan yang diperlukan Bingkai gambarBerusCat warna emas Langkah-langkah Ambil bingkai dan mula warnakan bingkai dengan cat warna emas dengan menggunakan berus yang bingkai, dan sebaik-baiknya catkan dalam beberapa lapisan agar warna tampak kemas dan ia kering untuk seketika. Sedia untuk digantung. Penggunaan bingkai gambar sememangnya disarankan dalam menghias kediaman. Namun, pastikan anda berhati-hati dalam pemilihan gambar, material serta saiz bingkai agar kediaman anda tersebut kelihatan rapi dan cantik. Selamat mencuba! Panduan Relevan 8 Trend Siling & Dinding Rumah Anda Patut Elak! 7 Tips Deko Mewah Tapi Bajet Murah! 20 Warna Cat Rumah Terkini Untuk 5 Ruangan Rumah Anda!